Hello 2019 from Adorable Adoreee :)



Hi semuanya,
Sudah lama tidak menulis dalam ruangan ini. Agaknya adakah lagi yang setia mengikuti blog ini?.haha!!!

Hello 2019!!!!! Jadi apa yang saya mau tulis kali ni?..hmmmm fikir dulu..haha. Pernah saya bagitau mana saya kerja kan?. bagus saya cerita pasal itu kan..memandangkan masih lagi ada semangat world wildlife day kan...

Jadi, saya bekerja dengan Wildlife Conservation Society (WCS) sebagai penyelidik dalam orang-utan unit. I have been with WCS for 2 years 2 months now and wow 2 years! hahaa baru 2 tahun. When I look back over my time with WCS so far, it's been a wonderful roller coaster ride and saya masih belum mau to get off yet!.. kalau dari hati terdalam..belum la.



Bagi yang tidak kenal muka saya, ini saya bersama Lucy ! :) Dua2 pun cantik. Lucy ialah patung puppet yang kami sering gunakan untuk program-program ataupun pameran pameran yang WCS jalankan. Lucy ialah gambaran seekor orang utan. 




Saya cukup kagum dan terinspirasi dengan pelbagai program dan kajian yang dijalankan oleh WCS-Malaysia terutamanya dalam menyumbangkan tenaga dan masa untuk membantu dan menyokong konservasi habitat orang utan di negeri Sarawak khasnya. Saya sering mengingatkan diri saya betapa pentingnya menjaga habitat ini tapi itu tidak dibandingkan dengan apabila saya menarik nafas, menghirup udara segar dan mandi di sungai yang jernih- sudah cukup untuk mengingatkan saya tujuan saya bekerja di sini.

Lihatlah betapa segarnya pemandangan ini. Bangun pagi dengan pemandangan yang cantik serta udara yang bersih dapat menenangkan jiwa. Antara faktor utama yang membawa kepada penyakit mental ialah minda dan jiwa yang tidak tenteram. Ambil masa untuk menenangkan jiwa dengan udara yang bersih dan segar. JAngan lupa mandi di sungai yang bersih mampu memberi sukacita yang berkelimpahan!


Lihatlah pemandangan ini. Sungguh menenangkan! tambah menenangkan apabila dapat menikmati sendiri bunyi aliran sungai dan kicauan burung dan lidupan liar yang lain. Tidak kah itu sungguh menakjubkan?


Saya mula terdorong terlibat dalam konservasi hidupan liar apabila saya menjalankan projek tahun akhir saya di universiti. Walaupun memang berasal dari kampung dan terdedah kepada alam sekitar, namun itu tidak begitu membuka mata saya sehinggalah saya terlibat secara langsung pada waktu saya menjalankan projek tahun akhir saya. Kajian yang saya jalankan ialah kepelbagaian burung di ladang hutan. Sebagai seorang pelajar perladangan dan perhutani, saya cukup bangga dengan betapa besarnya keuntungan yang boleh dituai dari sesebuah ladang. Namun, pada waktu saya memilih tajuk projek tahun akhir saya sehinggalah selesainya projek tersebut, saya cukup dikejutkan dengan hasil kajian tersebut. Pembukaan ladang mengurangkan habitat semula jadi untuk hidupan liar dan kepelbagaian hidupan liar juga berkurangan di habitat yang sudah terganggu. Hal itu membuat saya berfikir. Saya menjadi pembunuh secara tidak langsung! Dari pengalaman itu, saya bertekad untuk menyumbangkan tenaga dan buah fikiran untuk konservasi hidupan liar serta alam sekitar terutamanya di Sarawak.



Apakah pemandangan seperti ini yang kita mahu untuk generasi kita akan datang?. Dalam gambar ini, saya berdiri di sebuah kawasan yang akan digunakan untuk menanam semula pokok. Kawasan yang sudah dituai kayunya dan penanaman semula unutk tuaian seterusnya. Walaupun pokok baru akan ditanam, namun itu sudah terlambat. Banyak hidupan liar sudah kehilangan tempat tinggal mereka.


Ini ialah gambar saya ketika menjalankan kajian tahun akhir di kawasan perladangan. Embun pagi masih kelihatan memandangkan masih jam 6 pagi. 



Di WCS, selain menjalankan kajian orang-utan, saya juga membantu dalam aktiviti-aktiviti lain seperti menjadi unit sokongan untuk program bersama komuniti, program bersama sekolah serta membantu semasa pameran-pameran di pusat membeli belah. Bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial seperti facebook, twitter, instagram, ..kalian pasti sedar dan perasan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan. Harapan saya ialah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang indahnya bumi yang kita diami ini. Dengan kesedaran itu semoga membawa kita untuk mengambil langkah dan bertindak  untuk menjaga khazanah kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?.

Antara aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.

Apa yang saya suka apabila bekerja dan menjalankan kajian di dalam hutan ialah setiap hari adalah berbeza dan semuanya baik. Saya tidak pernah tau apa yang ada di masa hadapan atau apa yang akan berlaku. Setiap hari ialah pengalaman yang baru. Menjelajah ke tempat yang baru, meneroka tempat yang baru, belajar dari komuniti yang bekerjasama, berusaha untuk meletakkan diri saya dengan budaya baru adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Saya sangat bersyukur dapat berjumpa dengan orang baru dan berkawan dengan mereka!. Apa yang membuat pengalaman ini istimewa ialah orang yang terlibat dalamnya. WCS ialah keluarga besar bagi saya secara peribadi. Melihat bagaimana mereka menyokong satu sama lain, bekerja keras bersama untuk menjayakan sesebuah projek dan membantu dalam konservasi di Sarawak sangat memberi inspirasi untuk saya. Saya sangat gembira berada dalam komuniti ini. :)

Siapa yang tidak mau bekerja dengan orang yang memberi impak positive dalam hidup kamu?

Setiap hari ada pengalaman yang baru untuk kita belajar. Nikmati proses pembelajaran.

Sebab kami adalah wanita yang hebat!



From Adorable Adooreee! Adooreee ialah nama saya dalam game PUBG. boleh cari nama itu kalau mau main game bersama dengan saya....hahahahaha!!!!! GOOD DAY!!!!



Comments

  1. Nice la ado.. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
  2. Wow nice, keep the good works!, ��

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts