⚠⚠⚠ HIT THE JACKPOT!!!!!!
Hi semuanya, apa khabar kalian di sana?.
Saya di sini baik-baik saja.
Jom kita lihat topik yang di atas tu. "Hit the jackpot!!!" ..Menarik kan? Apa yang ada dalam fikiran kamu sewaktu kamu membaca tajuk itu?...hahaha..Kalau saya, senang jk..macam tiba-tiba jadi kaya lah..kalau menurut pemahaman kamu??
Sebenarnya saya cuba untuk mencari topik-topik yang menarik dan menghiburkan untuk dikongsikan...ya lah selain topik tentang kerja ataupun konservasi/pemuliharaan..jadi sis kali ini nak menulis topik yang berbeza sikit.
Banyak pengertian yang timbul apabila kita membicarakan tentang JACKPOT ataupun dalam bahasa melayu yang mudah difahami, "Hadiah terkumpul". Bagaimana kita menggunakan perkataan ini? dan dimanakah kita sering menemukan perkataan ini digunakan?.

Sumber: Google images
Loteri/lottery ialah permainan judi dimana pemain akan membeli nombor yang mempunyai kebarangkalian untuk menjadi nombor bertuah untuk mendapatkan hadiah-hadiah yang ditawarkan. Seringkali kita mendengar berita dimana ada pemain-pemain yang menjadi kaya dalam sekelip mata sebab bertuah memenangi jackpot!. Tetapi, adakah kemungkinan kita nak menang?? hahaa!.
Untuk menulis topik ini, sis membuat sedikit kajian tentang bagaimana perasaan bermain nombor ni. Jadi, sis turunlah membeli nombor di "rumah-rumah" nombor. Pemain nombor pasti sudah cukup arif jika rumah-rumah ini disebut. Sapa yang kenal "Rumah Kuning", "Rumah Merah", Rumah Hijau", "Rumah gelap" dan macam-macam lagi gelaran yang diberikan untuk pusat-pusat membeli normbor ini. Sis berfikir cukup lama untuk menulis topik ini sebab sis tahu topik ini agak sensitif sikit untuk masyarakat kita. "Boleh kah kita main nombor?", "Tidak haram ka main nombor?", "Dosa kah kalau kita main nombor?". Tepuk dada tanya selera. Sis tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Biarlah yang arif sahaja yang menjawabnya. Sis tak mampu nak menghakimi satu persatu. Sis bukan hakim.
Berbalik kepada cerita pengalaman tadi, sis nak merasa juga membeli nombor ni. Jadi sis cuba meneka beberapa nombor. Rupa-rupanya ada banyak jenis permainan ini...ohhh,sis belajar benda baru. Sis melayari laman web rumah-rumah tersebut untuk memahami bagaimana bermain nombor ini. Pasti ramai yang tau 4D, 5D, 6D, 3+1D, 4D jackpot, Magnum life, dan macam--macam lagi lah.. Belum tambah lagi dengan nombor Big/Small, Straight, mBox , sis pun pening. hahahaaa.
Tapi sis cuma nak cuba jak main dan rasa bagaimana perasaan main nombor ni. Sis mula dengan main 4D straight. Hari cabutan ialah Rabu, Sabtu dan Ahad. Ada juga masa bila ada hari istimewa akan ada cabutan , biasnya hari Selasa. Sis beli RM1 jak. Tak main besar-besar. Petang tu sis tunggu keputusan keluar. Biasanya keputusan penuh akan keluar jam 7.30 malam. Jadi sis sabar la tunggu. Tapi sayang, sis tak pernah menang pun...hahahaa....sis ada juga rasa kecewa sikit.Tapi perasaan lucu tu ada juga. Tapi awas dengan ketagihan bermain nombor. Ingat! jadilah bijaksana dalam membuat keputusan. Sangat jarang berlaku orang menjadi kaya dengan tiba-tiba.
Pengalaman ini membawa saya untuk membuat refleksi kehidupan. Tidak mudah untuk kita "kena jackpot" dalam kehidupan ini. Di dunia ini terutamanya. Bersyukurlah andai hari ini, walaupun tidak kena jackpot tapi masih mampu bangun menghirup udara segar. Bersyukurlah hari ini andai kamu masih mampu melihat anakmu tersenyum, itu cukup mengembirakan seperti terkena jackpot. Bukankah begitu?.
Bersyukurlah hari ini, andai kamu bangun dan isterimu/suamimu masih berada di sisi kamu. dan orang pasti akan berkata begini "Wah, kamu seperti kena jackpot mengahwini dia!". "Wah, kamu seperti kena jackpot ada anak seperti dia"... Lihatlah, dalam segala hal kehidupan kita, tidak semestinya memenangi hadiah wang tunai sahaja mampu mengembirakan kita, Ada banyak hal yang mampu membuat kita bersukacita asalkan kita mampu untuk bersyukur. Sama juga halnya andai kita mengalami masa-masa kesusahan, dan kepahitan dalam hidup, bersyukurlah dan nikmatilah sebab itu juga merupakan satu jackpot dalam kehidupan kita.
Satu hal yang saya pelajari juga ialah, menerima keselamatan itu adalah jackpot teragung yang pernah ditawarkan kepada segenap umat manusia. Saya sangat tidak layak, penuh dosa, miskin dan hina, tetapi sebab anugerah yang agung melayakkan saya dipanggilnya anak. Mau kah kamu untuk mempertimbangkan untuk menerima keselamatan yang kekal ini?...Sekali lagi, tepuk dada tanya selera. and satu hal yang pasti...i know for sure, I hit the jackpot!.kamu bagaimana? adakah kamu tau jackpot dalam kehidupan kamu?
Selamat menyambut hari Jumaat Agung bagi yang menyambut minggu depan.
HAVE A GOOD DAY!!!!

Comments
Post a Comment