Part 1: MISSION TRIP 2016 (20-27 August 2016)
Trip Misi, Ogos 2016.
Trip misi kali ini membawa saya ke tanah kelahiran sendiri iaitu , SARAWAK. Saya secara peribadi sangat teruja dengan trip misi kali ini karena kami akan melawat rumah panjang masyarakat Iban di kawasan Niah, Miri.
Sama seperti tahun sebelumnya, saya sangat susah dihubungi untuk mengetahui perkembangan trip misi ini karena pada waktu itu, saya berada di Sipitang untuk menjalankan latihan industri saya selama 6 bulan. Saya menjalankan latihan industri di Sabah Forest Industries (SFI) bermula dari Mac 2016 hinggalah hujung Ogos 2016. Manakala trip misi ini pula ialah pada 20-27 Ogos 2016. Saya sangat bergumul memikirkan hal ini. Saya perlu menghantar laporan akhir latihan industri saya pada waktu itu namun saya juga sangat mahu untuk mengikuti trip ini.
Setiap perkara yang disertai dengan doa pasti berhasil, dan saya sangat percaya akan hal itu. Saya yakin saya akan ikut trip misi ini dan saya juga yakin saya dapat menghantar laporan akhir saya pada waktu yang ditetapkan. Ya, Puji Tuhan..dipendekkan cerita, saya berhasil melaksanakan semuanya. Saya yakin itu juga disebabkan sokongan doa kawan kawan yang sentiasa mendoakan semuanya berjalan dengan lancar. Jadi, saya terbang ke Miri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 17 Ogos 2016.
Sayalah orangnya
Team kami akan ke kawasan Niah untuk trip misi kali ini. Terdapat beberapa team lain juga turut ikut serta dalam trip ini tetapi team yang lain akan ke kawasan yang lain. Puji Tuhan kerana pada trip kali ini, ramai anak anak muda yang mempunyai kerinduan untuk menyebarkan berita baik ke seluruh kawasan MIRI.
Perjalanan dari bandar Miri ke Niah mengambil masa kira-kira 1 jam menggunakan pacuan 4 roda. Kali ini, saya merupakan 'Student Leader' yang akan mengetuai team ke Niah. Terus terang saya tidak mempunyai pengalaman untuk mengurus team yang besar seperti kali ini. Jumlah individu dalam team kami yang menyertai kali ini ialah 23 orang. Saya sempat merasa tidak layak, tidak pandai dan banyak lagi kelemahan yang membuat saya rasa rendah diri. Tapi Tuhan menegur saya, sampai bila saya harus tetap menjadi sama, Tuhan mengingatkan saya tentang kuasa yang telah dikalahkan dan kemenangan yang kita perolehi dalam Yesus. Trip ini merupakan salah satu platfom yang Tuhan beri untuk saya belajar. Tuhan tidak pernah salah bila Dia meletakkan kita dalam sesebuah situasi atau menghantar kita ke sesebuah tempat. Jangan membatasi kuasa Tuhan.
Gambar bersama teman teman yang menyertai trip misi tersebut. Gambar diambil setelah keluar dari Gua Niah.
Staff dan pelajar yang turut terlibat dalam pelayanan misi tersebut. Juadah tengahhari di Gereja BEM BATU NIAH. Hospitaliti yang sangat baik diberikan oleh jemaat di sana.
Team LEader kami memberikan taklimat dan sesi berkenalan dalam kalangan team.
Masa lapang,berinteraksi dan berkenalan dengan lebih lanjut dengan team membuka ruang untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Great Fellowship!!!
Antara gambar pelayanan ke rumah rumah panjang. Makanan yang disajikan cukup mantap!!!
Mungkin setakat ini dulu untuk part pertama ...nanti saya akan sambung semula ke part kedua ya.!!!!




Comments
Post a Comment