Tiada pernah sedetikpun
Seringkali kita berfikir bahawa Tuhan meninggalkan kita, Tuhan mengabaikan kita, Tuhan melupakan kita, tetapi pada hakikatnya kitalah yang sebenarnya meninggalkan dan melupakan Tuhan. Lagu ini sering mengingatkan saya betapa Tuhan tidak pernah melupakan dan meninggalkan saya. Lagu ini juga mengungkapkan kerinduan hati saya, 'selamanya kan ku nyatakan besar setiaMu Tuhan di hidup ku'.Saya sedar bahawa sukar dan amat berat untuk saya mengucap syukur dalam segala hal. Namun mengingat kembali akan betapa besarnya kasih dan setianya Tuhan dalam kehidupan saya membuatkan saya terduduk menangis , tiada lain yang mampu saya lakukan selain mengucapkan 'Terima kasih Tuhan'. Saya tidak layak namun karena kasihNya, saya dilayakkan oleh karena AnugerahNya. Terima Kasih Tuhan.

Comments
Post a Comment