Another WAR STORIES
29 Mac 2021
Hi semua, apa khabar kalian minggu ini? Selamat menyambut minggu paskah kepada yang menyambut dan selamat malam nisfu Syaaban bagi rakan-rakan yang menyambutnya juga..
Minggu lepas saya sempat mengunjungi sahabat yang saya baru kenal tahun lepas, Miss Loviana Ai.. atau kami panggil Lolo jk di rumah sewa dia di Shah Alam. Ya, dia jual barang-barang rumah guys. Dia mau balik Sarawak for good dia cakap. Dorang panggil rumah sewa tu Oasis. Betul ka? Tolong betulkan Lo. hahaahaa.. Jadi dia call saya tanya kalau saya mau angkut barang-barang yang ada kat rumah tu...Saya pun pergi tengok barang-barang yang dia list...semua okay...ada sorang juga kawan dorang yang akan balik ke Sarawak for good juga. Nama dia Joshua Kuwel. Sangat gentleman la, pandai cerita lagi, kampung dia la paling cantik , kampung dia paling banyak cerita menarik ..orang Long Banga tu (selesai saya puji ko Awel!. minta belanja nnt, TQ) hahaa..Walaupun baru berkenalan, tapi..entah..bercakap dengan mereka ni macam dah bertahun-tahun dah kenal. Puji Tuhan, saya cukup terhibur dan gembira ada peluang berkenalan dan berkawan dengan mereka ini.
Okay, seterusnya...apa yang sebenarnya yang saya mau sampaikan ialah cerita-cerita dua orang yang sebut awal-awal ni.. Cerita ini adalah kisah benar kehidupan mereka. Saya sangat terinspirasi oleh cerita mereka ini. Saya harap, cerita mereka ini juga boleh memotivasikan yang lain.
Loviana Ai (Lolo)
Saya mula kenal Lolo tahun lepas masa MCO. Sejak bible study kami bersiaran secara online menggunakan Zoom setiap Isnin, 7.20pm... ramai orang-orang sekeliling kami yang sempat join. Bukan saja yang stay di Sarawak..Tetapi yang di luar Sarawak pun dapat join juga. Jd, saya kenal c Lolo ni mmg masa kami bljr guna Zoom tu.. First impression sy mengenai dia ni ialah seorang yang cukup bersemangat. full of confidence. Hakikatnya, memang dia dia penuh bersemangat dan tahap keyakinan dia cukup tinggi.
Dilanjutkan cerita, pertengahan tahun lepas, sy pindah ke West Malaysia. Siapa sangka c Lolo ni pun di West Malaysia ba. Apa lagi..Krismas Eve kami sambut sama-sama berSteamboat. Beberapa kali kami juga keluar, sehingga la dia bercerita pasal study dia.. Actually dia sepatutnya sudah complete dia punya study bebrapa tahun lebih awal lagi..tp sbb thesis dia.. dia mengalami stress dan ketakutan untuk gagal sehingga dia quit di akhir akhir pembelajaran dia. However, setelah menemukan kembali semangat dia, dia kembali menyambung study dia setelah beberapa tahun meninggalkan study tersebut. Mula mula dia fikir dia akan terpaksa mengulang semula keseluruhan semester yang dia tinggalkan.. siapa tahu rancangan Tuhan cukup sempurna, apabila dia mengemukan permohonan untuk sambung semula thesis yg dia tinggalkan...Pensyarah universiti dia begitu gembira dan memberikan full support untuk dia menyelesaikan satu-satunya subjek yg dia tinggal sebelum berkonvo ...Puji Tuhan, dia telah menyelesaikan study dia pada tahun 2021.
Sama seperti kehidupan Lolo, mugkin kita kita mempunyai medan perang kita sendiri, kadang-kadang kita mengambil langkah untuk berhenti dan berputus asa sebab ketidak yakinan kita terhadap diri kita sendiri.. Tetapi Tuhan tetap mau memimpin kita dalam apa jua situasi kehidupan kita. kita boleh gagal, kita boleh berputus asa..tetapi Tuhan akan tetap bersama dengan kita dalam setiap musim kehidupan kita. Apabila kita tetap bersandar kepada Tuhan dan percaya kepada Dia, Tuhan akan memberikan kekuatan baru kepada kita sehingga kita dapat bangkit semula. Puji Tuhan!!!!
story: give up ,cannot finish her thesis, because of fear. wake up , completed her study in 2021
Joshua Kuwell
Si Joshua Kuwell saya kenal melalui sahabat saya si Lolo. Seperti yang saya ceritakan dari awal, dia berasal dari kawasan pedalaman Sarawak. Saya cukup tau akan beban dan halangan bagi seorang anak muda dari pedalaman. Apabila mendengar cerita dia tentang kampung dia, tentang bagaimana dia pergi berburu untuk mencari lauk..itu sudah cukup jelas mengambarkan antara kesukaran hidup di kawasan tersebut. Untuk makluman juga, untuk ke tempat si Kuwell ni perlu naik areroplane ya. Jadi kampung dia ada airport dia sendiri..ingat cincai ka.hahahaa
Ada satu cerita si Kuwell yang dia ceritakan yang memberi kesan mendalam kepada saya. Dari cerita tersebut, saya dapat merasakan satu kekuatan baru. Cerita dia begini, pada suatu hari ketika dia dan kawan dia pergi berburu di dalam hutan. Cuaca pada ketika itu hampir hujan. mereka dua kawan dia dapat seekor babi. tapi cuaca mulai mendung dan hujan pun mulai turun. Ketika mereka menunggu untuk hujan reda, mereka berehat sebentar di sebuah kawasan bukit. Sebab hujan tersebut diikuti dengan angin. Mereka dua mulai kesejukkan. Kesejukkan tersebut boleh dirasakan sehingga ke tulang. Oleh sebab tidak tahan dengan kesejukan begitu, Dalam hati si Kuwell dia berfikir, "tidak boleh jadi ni kalau saya terus-terus begini. Mesti saya pergi belajar ni. Takkan la sy perlu bersusah begini sepanjang kehidupan saya, takkan saya berburu binatang seumur hidup saya?". Kemudian dia memberitahu niat dia tersebut kepada kawan dia. Dia memberitahu bahawa kalau dia diberi peluang untuk belajar, dia akan belajar bersungguh-sungguh sehingga dia dapat mengubah kehidupan dia dan keluarga dia.
Walaupun Kuwell menyampaikan cerita dia secara berjenaka kepada kami, tetapi saya dapat merasakan kesungguhan dalam niat dia ingin mengubah kehidupan dia. Dia mengambil jurusan undang-undang (kalau saya tidak silap) di universiti tempatan. Kemudian, Dia bekerja dengan Standard Chartered di Shah Alam sebelum dia berpindah ke Sarawak semula.
Story: determination to further his study . Once going hunting , catch raining day, freeze to death, decided to study and change their life.
21 Jun 2021: pada waktu saya membuka kembali draf penulisan ini, saya masih belum bertanya khabar terkini dari Si Kuwell. Lolo pula menjaga ibunya yang sakit. Khabar terkini yang saya terima dari Lolo, doktor memberitahu bahawa ibunya semakin kuat dan sihat. Dia bersyukur kerana dapat kembali ke Sarawak.
Banyak hal yang kita boleh belajar dari orang sekeliling kita. Kadang-kadang kita belajar untuk mengatasi ketakutan kita dengan mendapatkan inspirasi dari mereka. Saya ingin mengucapakan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya ini kerana telah menjadi satu inspirasi kepada saya untuk terus bersyukur dalam kehidupan saya dan bertahan menghadapi apa jua halangan dalam hidup. Kita semua mempunyai kelemahan dan ketakutan kita sendiri. Mari kita percaya bahawa kita boleh menghadapi kelemahan dan ketakutan kita dengan meletakan pengharapan kita kepada satu hal yang kekal, yang tahu masa depan kita, yang tahu hari esok. Percayalah, maka kamu akan selamat. Semoga kalian juga menjadi berkat untuk orang sekeliling kamu.
Salam damai sejahtera dari saya yang masih berusaha mengatasi ketakutan saya,
Yonny


Comments
Post a Comment